Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 28 Mei 2022 (Sabtu)
Masa: Bermula jam 9:00 pagi
Tempat / Kaedah: Aplikasi Tele-Conferencing Zoom Meeting
Sehubungan dengan itu, semua perwakilan dikehendaki mendaftar diri untuk menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) secara dalam talian pada 27 Mei 2022 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan menggunakan pautan https://www.sola.my/mapa/ dan KATA LALUAN untuk menyertai MAPA 2022 akan diperolehi setelah pendaftaran dibuat.
Perwakilan hendaklah menggunakan pautan yang sama bagi pengundian MAPA 2022 dengan memasukkan KATA LALUAN yang akan diberi semasa agenda pengundian dijalankan. Perwakilan adalah diingatkan menggunakan nombor telefon bimbit yang didaftarkan semasa hari pendaftaran.
Perwakilan boleh memuat turun Notis Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA dan Buku Laporan seperti pautan di bawah:
Bil. | Perkara | Muat turun |
1. | Notis Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA | Klik di sini |
2. | Buku laporan | Klik di sini |
3. | Pautan Pendaftaran Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) | Klik di sini |
*Tertakluk kepada sebarang pindaan